sHaklee

Wednesday, May 6, 2009

Membina Sabuah Kesihatan

Mari kita ikut penghuraian tentang hadis tentang "Perut itu rumah penyakit, Diet itu ubat paling Utama' Mengikut Kitab Ilmu Perubatan Kesufian - Shaykh Abu Abdullah Ghulam Moinuddin belaiu menyatakan bahawa hidup didunia adalah satu daripada peringkat (makan) perjalanan menuju Allah swt dan badan adalah kenderaan begi perjalan itu. Oleh itu perlulah seseorang pengembara itu memelihara badan supaya baik agar badan itu sehat dan selesa. Pencernan dan penghadaman adalah proses memakan makanan melalui mulut dan kemudian menghancurkan makanan itu dalam perut. Yang dimaksudkan "Perut itu rumah penyakit" ialah penyakit-penyakit yang timbul apabila proses penghadaman ini menjadi tidak seimbang. "Diet adalah ubat utama" bererti kita hendaklah menggunakan makanan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadaman itu. Makanan itu digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu pada jasad. Namun demikian terdapat/ada pengecuali pada peraturan umum ini, iaitu apabila badan dan anggotanya telah rosak teruk dan tiada lagi kuasa pemulihan untuk membina semula sesuatu anggota atau sistem badan itu. Dalam hal demikian pembedahan atau cara-cara lain digunakan untuk merawat penyakit. Tetapi jika prinsip kesihatan dipatui sepanjang hayat tidak perlu khuatir jatuh sakit.

Penglibatan Shaklee adalah untuk MEMBINA Kesihatan, manakala perubatan hospital adalah "curing disease". Terdapat perbezaan diantara keduanya. Untuk membina suatu kesihatan mari kita memahami apa elemen suatu kesihatan?. Badan kita "is composed of cells". Hasil gabongan jutaan sel-sel berkenaan menjadi tisu-tisu, organ dan akhirnya terbentuklah sabuah badan.

Mengikut James F blach, MD dan Phyllis A Blach CNC didalam buku "Prescription for Nutrional Healing"; cuba bayangkan badan sebagai mengandungi(composed) jutaan engin-engin(cells) kecil. Sebahagian enjin tersebut berkerja secara 'unison', sebahagian secara bidakari; semua berkerja 'on call' 24 jam. Bagi menentukan enjin-enjin berkerja baik, ia memerlukan minyak tertentu. Apabila minyak berkenaan dari campuran yang salah (wrong blend), enjin tidak akan bertugas dengan kapaciti yang maxima. Apabila minyak dari grade yang rendah; enjin akan meragam -berbunyi-bunyi(sputter) dan keberatan bertugas(hesitate); dan mengakibatkan enjin kehilangan kuasa. Apabila enjin tidak pula diberikan minyak, ia akan berhenti.

Untuk badan kita, minyak yang kita berikan untuk enjin-enjin tersebut datangnya dari makanan yang kita makan. Makanan pula mengandungi apa yang dipanggil sebagai NUTRIEN. Nutrien datang dalam berbagai bentuk - vitamin, hydrocabon, air, enzim, acid amino.dan lemak. Dengan bahan-bahan berkenan ia membolehkan kita terus hidup. Bahan-bahan tersebut menyediakan bahan asas supaya badan boleh menjalankan fungsi hariannya.

Satiap NUTRIEN berbeza dari segi bentuk, fungsi dan jumlah yang diperlukan oleh badan. Semua itu amat penting untuk keperluan badan kerana NUTRIEN berkenaan melibatkan diri dalam semua proses badan -- daripada melawan jangkitan,repair tisu-tisu hingglah proses pemikiran. Walaupun nutrien-nutrien berfungsi dalam kadar, tahap yang berbeza tetapi matlamat utamanya adalah untukmengekalkan/mempastikan kita terus hidup.
Sekiranya kita tidak memberikan bahan NUTRIEN yang betul, ia akan memudarakan badan. Badan tidak akan berfungsi secara normal. Masalah utama kita adalah, kita tidak menyediakan bekalan NUTRIEN yang sepatut lagi secukupnya dari'diet makanan kita'. Mestipun anda tidak sakit tetapi anda tidak semestinya sehat. Dalam erti kata lain, anda mungkin tidak memperlihatkan (exhibit) sebarang tanda penyakit. Berlaku apa yang disebut 'gangguan' kesihatan dan jika ianya tidak di perbaiki akan menuju pada penyakit(highway to dieases). Dengan memahami prinsip menyeluruh peranan nutrien serta mengetahui nutrien yang mana yang diperlukan badan, kita mampu mempertingkatkan tahap kesihatan kita.Kita wajar mengetahui peranan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan sebagai maklumat penting terhadap produk, pemakanan tambahan asli dan herba yang boleh meningkatkan kesihatan.

Pada asasnya ia satu perkara mudah. Malangnya kehidupan modern telah memesongkan kita dari landasan yang betul - dengan rangkaian makan segeranya, makanan tak seimbangnya, kebergantungan dengan ubat-ubatanya, pencemaran alamnya serta tekanan kehidupan yang penuh stress. Dilihat disatu aspek pula, fitrah kejadian alam telah disediakan untuk menjadi minyak kepada kuasa pemulihan dalaman dengan hanya memberikan badan kita bahan asli agar badan boleh berfungsi dengan optima. Sumber-sumber alam semula jadi - umpamanya makanan, vitamin, zat galian, enzim, asid amino dan lain-lain telah direka untuk kegunaan sistem pertahanan badan. Oleh kerana kekurangan ilmu tentang apa yang badan kehendaki untuk berkerja dengan baik, kita didapati gagal untuk menimbangi keperluan badan jesteru kita terdedah diserang oleh berbagai penyaklit.

Oleh yang demikian satiap individu wajar melibatkan diri secara aktif di dalam usaha menentukan kita sentiasa berada pada tahap kesihatan optima dengan belajar tentang nutrien dan bersedia melibatkan diri dalam PEMULIHAN SECARA SEMULA JADI. Sikap memainkan peranan penting dalam usaha mengekalkan kesihatan idaman yang optima.

Halangan paling besar lagi berat adalah kebanyakan kita makan mengikut apa yang 'tekak' suka jarang sekali memikirkan memakan mengikut keperluan sel (the inner healing force). Sel- ciptaan Allah swt yang menajukkan. Tubuh manusia adalah kerja Tuhan (Work of God). Mengikut Dr Linus Pauling twice Nobel Winner quote" Optimun Nutrition is the medicine of the future"

0 comments:

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino