Menambahkan Susuibu

Thursday, May 7, 2009

bohongla kalau ada ibu yang kata susunya sentiasa banyak tanpa terkurang sedikit pun.Sebagai wanita kita sensitif dengan perubahan sekeliling dan perubahan hormon badan kita. Adakala saya sendiri merasakan susu saya seakan merundum. Namun sebagai ibu kepada dua anak, saya jadikan pengalaman anak pertama sebagai lesson learn. Saya ada checklist saya sendiri untuk membetulkan keadaan yang teranjak. Checklist saya berbentuk berikut:

Saya akan pastikan saya bertindak mengikut aturan checklist saya demi memastikan production susu saya kembali normal.

1. Saya akan pastikan saya ambil sarapan pagi, beberapa keping roti dan telur atau dimakan bersama air milo sahaja.
2. Makan supplement asas
3. Minum air sebanyak 1.5 litre antara waktu lunch dan minum petang
4. Makan supplement seperti alfalfa-penggalak susu
5. Makan sedikit untuk minum petang walau sebuku roti cream
6. Minum air 1.5 litre antara tea time kepada dinner
7. Makan malam
8. Makan supplement asas
9. Minum air sebanyak 2.0 litre before tidur.

Jika saya mengikut sepenuhnya checklist ni saya pasti susu saya banyak semula sehingga mencurah di pipi baby. Selain dari checklist ini saya pastikan bekalan chocolate saya di rumah mencukupi. Apa yang saya pasti ia membantu menstabilkan hormon kasih sayang dan secara langsung susu pun dapat mengalir banyak. Wallahhualam.

Faktor kegagalan bf???

Seronok bila membaca di forum tentang bagaimana nak meningkatkan pengeluaran susu. Banyak petua yang dapat dikongsi bersama. Namun jangan pula kita lupa ada beberapa faktor mengapa sesetengah ibu yang kurang berjaya dalam bf. Maka secara kesimpulannya kita juga perlu tahu apakah punca dan sebab musabab yang boleh menurunkan productivity susu ibu. Setelah membaca dan melalui pengalaman sendiri, saya dapati adakala kita sendiri kurang peka dengan tabiat harian kita. Apa yang dapat saya nyatakan ialah, antara faktor yang boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu adalah seperti berikut:

1. Kurang minum air

Badan kita terdiri daripada lebih 70% air. Maka kita perlulah mengekalkan pengambilan air yang banyak dalam kehidupan seharian.Dicadangkan setiap kali selepas penyusuan atau sesi mengepam, kita haruslah meminum segelas air kosong bagi menggantikan air di dalam badan. Indicator yang paling mudah untuk mengetahui sama ada badan kita kekurangan air ialah dengan melihat kepada warna urin kita. Seandainya berwarna kuning pekat maka ia menandakan badan kita kekurangan air dan sebaliknya jika ia berwarna kejernihan menandakan badan mempunyai kuantiti air yang mencukupi. Jangan menjadikan alasan untuk malas ke tandas membuatkan kita kurang minum air, ini kerana kesannya sangat buruk ke atas buah pinggang kita dalam jangka yang panjang.

2. Pengambilan ubat-ubatan dan pil perancang

Terdapat beberapa pendapat doktor yang mengatakan pengambilan ubat-ubatan dan pil perangcang pada dos yang rendah tidak menjejaskan produksi susu namun melalui pengalaman saya sendiri ianya menjejaskan walau dalam kuantiti yang sedikit. Ini kerana ubat-ubatan memberi kesan ke atas sel dan sistem badan. Pengambilan pil perancang sebagai contoh boleh menjejaskan perubahan hormon di dalam tubuh dan pengambilannya boleh merosakkan vitamin b yang telah ada di dalam tubuh kita. Kekurangan vitamin b pada tubuh boleh menyebabkan seseorang berada di dalam keletihan,kemurungan dan stress maka lambat laun memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Namun berbeza dengan pengambilan vitamin dan pemakanan tambahan kerana ianya merupakan makanan kepada sel dan secara langsung memberi kesan positif kepada sistem tubuh sekiranya di ambil dalam kadar yang betul dan diikuti dengan pengambilan air yang mencukupi.

3. Pengambilan makanan sejuk dan berais.

Bukanlah satu yang tidak dibenarkan sama sekali namun pengambilan sejuk seperti aiskrim dan minuman berais tidak digalakkan. Mungkin boleh sekali sekala dalam kuantiti yang sedikit agar tidak kempunan. Namun jika ianya diambil dalam kadar yang tinggi dan kerap maka ianya akan terus memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu.

4. Minuman berkarbonat dan berkafein.

Ramai yang sedar yang minuman berkarbonat dan berkafien adalah tidak baik untuk kesihatan namun ianya sangat diminati. Saya sendiri pernah melalui pengalaman yang teruk sepanjang menyusukan anak di mana saya sangat kerap meminum nescafe yang dimakan bersama biskut cream crackers. Saya mula perasan selepas seminggu, susu saya mula berkurangan dan ditambah dengan sakit gigi yang amat sekali. Setelah merujuk dengan beberapa doktor gigi dan petua orang tua maka saya dapati nescafe itu memberi kesan yang negatif kepada sistem tubuh kita. Sejak dari itu saya tidak lagi mengambil nscafe tetapi sekadar teh sekali sekala.

5. Makanan yang tidak teratur.

Terdapat beberapa ibu yang sering merungut mereka tidak mempunyai masa untuk mempunyai makanan yang teratur. Secara tidak langsung pastinya si ibu akan kekurangan makanan yang seimbang bagi tubuh badannya. Ini pastinya akan memberi kesan yang tidak baik ke atas pengeluaran susu ibu. Walaupun si ibu merasakan ia tetap mempunyai susu yang banyak walau kurang makan kerana ada sesetengahnya memang berniat untuk berdiet menjaga badan namun kita boleh melihat kesannya dalam jangka panjang ia bukannya satu yang berkekalan.

6. Kurang dd (demand) di atas penyusuan@ malas mengepam

Bagi ibu yang tidak bekerja seperti saya tiada masalah untuk menyusukan anak maka badan akan terus generate pengeluaran susu. Tetapi bagi ibu yang bekerja terdapat sesetengah ibu yang mempunyai masalah besar untuk mengepam di pejabat namun ianya sangat penting dalam memastikan agar tubuh kita tahu bahawa masih ada demand ke atas susu ibu. Begitu juga ada petua songsang yang mengajar agar jangan bf anak di waktu malam agar si anak tidak terlalu mengempeng dengan si ibu jika si ibu bekerja. Pada pendapat peribadi saya, waktu penyusuan secara langsung si anak dan si ibu adalah waktu terbaik untuk mengeratkan kasih sayang dua insan ini. Sewaktu itulah digalakkan kita membaca beberapa ayat yang boleh ditiupkan di ubun2 anak kita agar dia menjadi anak yang soleh/solehah, lembut hati ke atas orang tuanya dan etc. Secara ksimpulannya susu akan mula merundum apabila kurang permintaan ke atasnya.

7. Keletihan, stress dan moody.
Ini antara faktor yang boleh menyebabkan pengeluaran susu terbantut dan jika ianya berterusan boleh mengakibatkan susu merundum dengan teruk sekali. So apa yang boleh kita buat untuk kurangkan masalah ini ialah dengan rehat yang mencukupi, pengambilan makanan yang teratur, minum air dengan kuantiti yang mencukupi untuk badan dan akhir sekali pengambilan vitamin juga membantu dalam mengatasi masalah ini dari berterusan.

8. Mind Setting

Fikirkan boleh! Kegagalan kebanyakan berpunca dari dalam diri kita sendiri.Dialog biasa yang kita dengar " Ohhh, saya tak dapat nak teruskan menyusu sebab susu sikit sangat, dan dah kering". Ini semuanya alasan yang nyata. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Jangan sesekali fikirkan kegagalan kerana kegagalanlah yang akan menghampiri tetapi fikirkan kejayaan maka kejayaan yang akan kita perolehi.


Jika ada ibu2 yang mempunyai pengalaman yang boleh menyebabkan susu anda merundum marilah kita kongsikan bersama puncanya agar kejayaan yang diperolehi akan lebih diberkati.

Breastfeeding dan cabarannya (Sambungan)

Antara cabaran lain dalam penyusuan anak ialah:

1. Berpantang dalam pemakanan
Bukan semua ibu yang menyusukan anaknya benar-benar ambil berat tentang pemakanan. Ini kerana pemakanan si ibu mempengaruhi kualiti susu ibu. Sebagai contoh ibu yang menyusukan anaknya tidaklah digalakkan mengambil beberapa jenis makanan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada si anak. Antara makanan yang perlu si ibu elakkan (sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan atau selagi bayi hanya bergantung 100% dengan susu ibu) - nenas, ikan yang berduri( tajam, boleh menyebabkan perut si anak meragam), lada hitam, halba (panas, boleh menyebabkan si anak panas dan tidak selesa perut), pisang, air sejuk (berangin, boleh menyebabkan perut bayi kembung). Walaupun demikian bukan semua ibu percaya dengan perkara dan akibat yang dinyatakan selagi anak mereka tidak meragam yang boleh menyebabkan si ibu tak senang duduk. Namun, kesannya bukanlah sekadar pada tangisan atau ragam bayi tetapi perkembangan lain seperti berat yang tidak ideal dan pertumbuhan yang sedikit lambat.

2. Si ibu yang berkerjaya
Memang tidak dapat disangkal bahawa si ibu yang berkerjaya mempunyai lebih banyak cabaran. Mana nak menguruskan anak kecil, si suami tersayang, kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kerja rumah yang tidak pernah selesai membuatkan adakala si ibu akan mudah berputus asa. Namun bagaimanakah nak mengatasinya? Dapatkan khidmat nasihat kaunselor, pakar O&G, pakar laktasi dan teman pembimbing yang arif mengenai bagaimanakah melalui hari-hari akan datang dengan lancar. Apapun pandangan peribadi saya, jika ada kemahuan pasti akan ada jalan!

3. Perubahan hormon- production merundum
Keunikkan wanita Allah jadikan antaranya ialah makhluk ini mempunyai 9 nafsu. Nafsu di sini bermaksud keinginan, impian dan agenda yang sentiasa banyak dalam hidupnya. Pelbagai perkara difikirkan... pejabat, rumah, anak, suami dan diri sendiri. Bila terlalu sibuk dengan kerja pejabat, sedikit sebanyak akan menjejaskan hormon. Begitu juga si ibu yang mengambil pil perancang, pil penahan sakit. Ini semua akan menyebabkan kemusnahan vitamin B complex sedia ada dalam tubuh kita. Seterusnya mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil. Apabila ini berlaku pengeluaran susu lama kelamaan akan terjejas.Namun berapa orang yang menyedarinya? Maka kerana itu si ibu sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak b complex seperti bijirin, kuning telur, sayuran dan banyak lagi agar persekitaran tidak menjejaskan kestabilan hormon di dalam tubuh.

4. Pelbagai kategori si kecil
Pernah seorang ibu bertanya " Adakah anak kamu banyak menyusu? Anak saya sangat kuat menyusu sehingga saya rasakan seperti tidak sempat badan saya nak produce mengikut keperluannya." Tidak kurang juga yang mengadu " Agaknya mengapa anak saya kurang menyusu sedangkan saya mempunyai banyak susu." Pelbagai kategori si kecil ini sebenarnya;ada yang kuat minum, ada pula yang kuat tidur dan ada pula yang kuat bermain. Maka si ibu perlu mengenalpasti yang mana satu golongan anaknya agar si ibu dapat mengetahui keperluan penyusuan anaknya.
Saya sendiri melalui pengalaman yang berbeza dengan dua orang putera saya. Putera sulung saya sangat kuat menyusu sehinggakan saya rasakan tiada rehat untuk saya. Bayangkan setiap jam si putera ini mahukan susu. Berbeza dengan putera muda saya, anakanda ini hanya akan meminta susu apabila anak tekaknya berasa haus yang amat. Walaupun demikian pertumbuhan fizikal mereka sangat menakjubkan. Saya membuat kesimpulan bahawa kualiti susu yang mempengaruhi pertumbuhan anak.

Walaupun ada banyak lagi dugaan breastfeeding namun cabaran ini datang dengan cara yang berlainan bagi setiap individu.Ada yang tertanya mengapa saya rajin untuk menulis tentang topik ini? Jawapan yang mudah... Jika seorang pelajar SPM itu sudah tahu soalan apakah yang akan keluar semasa dia menduduki peperiksaan nanti maka persediaan yang rapi dapat membantunya menjawab soalan dengan cemerlang!
Maka yang sedemikian, buat ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak mereka, semoga tips dan panduan cabaran ini akan menguatkan lagi semangat anda untuk menyusukan si kecil yang tersayang.

Breastfeeding dan cabarannya

Sesungguhnya Allah menyediakan pahala dan berkat yang sangat-sangat besar bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya melalui susu ibu. Mengapa? Kerana untuk seorang ibu menyusukan anaknya bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diharungi sepanjang tempoh penyusuan. Namun tidak dinafikan bukan semua ibu melaluinya. Antara cabaran yang dapat saya kenalpasti adalah;

1. Family Support
Bukan semua suami mahupun keluarga mempunyai kesedaran terhadap kepentingan susu ibu kepada bayi. Namun sebagai langkah permulaan si ibu perlulah menyatakan keinginannya untuk menyusukan bayinya sejak dari bayi di dalam kandungan lagi. Cubalah menunjukkan kesungguhan dengan mencari beberapa buah buku tentang penjagaan bayi, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Selain itu dapatkan khidmat kaunseling dari pakar O&G mengenai penyusuan. Bawalah suami bersama semasa sesi agar kedua-dua pasangan lebih memahami keperluan dan kepentingan penyusuan susu ibu.

2. Keinginan dan Kekuatan Diri yang Lemah
Ini kebiasaanya berlaku apabila si ibu kurang dalam pengetahuan tentang penyusuan. Apabila kurangnya ilmu serta pendedahan dari pihak lain maka si ibu akan mudah mengalah apabila menghadapi situasi yang sukar seperti berlakunya permintaan melebihi pengeluaran, susu lambat stimulate, puting tersumbat, puting tenggelam dan sebagainya. Untuk mengatasinya si ibu perlulah membanyakkan membaca dan bertanya kepada pihak ketiga seperti pakar laktasi,ibu2 yang lebih pengalaman untuk mendapatkan nasihat dan cara mengatasi. Namun kebanyakan ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menghentikan penyusuan.

3. Perlu Banyak Minum Air
Inilah soalan yang kerap ditanya treutama first timer mom. Jawapan yang mudah, kita digalakkan minum lebih dari 10 gelas sehari. Saya sendiri minum melebihi 3 liter sehari. Air yang banyak menggalakkan stimulasi susu. Namun air kosong-suam panas lebih digalakkan dan air sejuk perlu dielakkan.

4. Kerap ke Tandas
Menjadi lumrah apabila banyak minum maka banyak jugalah pembuangan air kecil. Namun ia amat bagus bagi system perkumuhan badan kita. Saya sendiri mengamalkan pengembilan segelas 250ml air masak suam setiap kali selepas membuang air kecil bagi menggantikan air yang telah dibuang. Alhamdulillah saya masih merasakan bengkak susu walaupun anak kedua hampir mencecah 1 tahun.

5. Cepat Lapar
Memandangkan semua zat kini telah dikongsi dua maka si ibu pastinya akan mudah berasa lapar. Bagi ibu yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi maka mereka tidak perlu risau kerana segala pengambilan makanan akan mudah ditukarkan dalam bentuk tenaga. Tetapi masalah bagi ibu yang rendah metabolisme maka pengambilan karbohaidrat yang berlebihan boleh menyebabkan si ibu mempunyai berat dan saiz yang berlebihan. Maka ibu dari golongan ini sangat digalakkan mengambil supplement seperti b complex (ibarat spark plug-penting menukarkan gula kepada tenaga)dan Energizing Soy Protien yang terdiri daripada 100% soya. Cuba elakkan pengambilan protein campuran haiwan (whey protein) dan soy kerana dikhuatiri keberkesanan yang berbeza.

6. Masalah Fizikal Tubuh
Antara perkara yang perlu ibu kenalpasti adalah keadaan puting agar ia dalam keadaan mudah untuk dihisap oleh anak. Saya sendiri pada mulanya mengahadapi masalah putting tenggelam. Memang sukar saya rasakan terutamanya bila susu sangat bengkak namun mempunyai puting yang tenggelam. Nasib baiklah ibu mertua saya menyarankan agar suami mencari pam yang berbentuk hon. Alhamdulillah puting mudah keluar setelah menggunakan pam tersebut untuk 2-3 kali. Namun ada lagi satu cara ialah dengan menggunakan nipple shield tetapi dikhuatiri bayi akan confius dengan puting ibu dan puting plastik. Walaubagaimanapun ia bukanlah menjadi alasan untuk menghentikan susu badan.

7. Anak Suka Menggigit
Ada sesetengah ibu sangat berharap agar anaknya tumbuh gigi lambat dengan alasan takut putting digigit. Namun bagi saya terpulang pada si ibu untuk memaklumkan anaknya bagaimana si ibu merasa sakit setiap kali digigit. Dalam teori pendidikan kanak-kanak , seorang bayi @ kanaka-kanak akan mudah belajar melalui sesuatu isyarat yang diulang-ulang. Saya sendiri masih belajar mempraktikkan teori berkenaan di mana apabila anak saya mula menggigit semasa menyusu saya akan terus menggeleteknya agar melepaskan apa yang digigitnya.

8. Susu Lambat Stimulate
Ada beberapa perkara yang saya belajar melalui pembacaan dan pengamatan saya dalam masalah ini. Sebenarnya untuk badan stimulate milk, badan sendiri memerlukan cukup zat dan cukup air. Secara peribadi saya katakan setiap ibu yang menyusukan anaknya perlulah mengambil vitamin mahupun supplement untuk membantu badan menghasilkan susu. Badan yang mempunyai cukup khasiat akan lebih mudah mengatasi stress dan secara langsung akan mudah menghasilkan susu. Ianya ibarat pokok yang subur diberi cukup air dan baja serta mendapat cahaya matahari yang mencukupi pasti boleh menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.

Sebenarnya ada lagi beberapa cabaran breastfeeding dan akan saya sambung dalam post yang akan datang. Sekian dulu.

Breastfeeding and supplement

Saya tertarik untuk menulis tentang satu pertanyaan dari seorang ibu yang sudah mempunyai 3 orang anak. Beliau bertanya adakah penting baginya mengambil b complex dan vitamin c sedangkan beliau sudahpun mengambil kedua-dua vitamin ini melalui multivitamin. Beliau mengutarakan pertanyaan ini kerana pada beliau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi amat sukar baginya untuk membeli pelbagai jenis vitamin. Namun yang peliknya pakaiannya sentiasa bertukar ganti setiap bulan tidak pula dikaitkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Hmmm… jawapan yang saya berikan kepada kakak ini ialah multivitamin mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Namun kerana terdapat beberapa kekangan maka tubuh kita memerlukan lebih vitamin B complex dan vitamin C atas beberapa sebab. Sebenarnya saya sudah menerangkan dalam post saya sebelum ini namun mungkin bukan semua menyedarinya.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin b atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan b complex. Lima kali ganda b complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam Cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin b sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan b complex dengan mudah.

7. Sesetengah sumber b complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.


Manakala kepentingan vitamin C pula :


Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit. Ianya diakatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mandapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit? Saya tidak menjamin anda tidak akan jatuh sakit tetapi saya boleh beritahu anda bahawa badan yang sihat dan mendapat cukup khasiat dapat menjauhi kesakitan dan kelesuan.

Jika anda perlu belanja lebih sedikit untuk makanan tambahan yang berkualiti, saya percaya harganya memadai manfaat yang bakal diperolehi terutama bagi ibu yang menyusukan anaknya!

Sedikit tips penyusuan anak

Ada banyak perkara yang pada dasarnya perlu kita ambil berat jika kita benar-benar ingin menyusukan anak. Namun bukan semua ibu terutama ibu-ibu yang kurang pendedahan mengenainya mengambil endah perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan.


Melalui pengalaman saya sendiri serta pengamatan saya sebenarnya untuk menyusukan anak perlulah lahir semasa bayi di dalam kandungan lagi.Persediaan mental dan jasmani sangat-sangat penting. Beberapa amalan yang saya belajar sendiri untuk penyusuan bayi adalah ;

1. Banyakkanlah membaca Al-Quran sepanjang masa. Bukan sekadar mengaji tetapi kita perlu mengkaji. Maksud saya kita perlu tahu atas segala surah dan keperluan surah tersebut dalam kehidupan seharian. Allah menjadikan kita Al-Quran bukan sekadar penghias almari mahupun penghias rumah tetapi bekalan kerohanian sepanjang hayat. Pengisian rohani sangat penting kerana untuk menyusukan anak memang banyak dugaannya. Tidaklah semudah yang disangka. Ia tidak boleh sekadar bergantung dengan niat semata-mata. Ia perlukan usaha ke arah itu.

2. Miliki buku-buku bacaan mengenai bagaimana menjadi ibu yang berjaya menyusukan anaknya... bukan sekadar berjaya dalam kerjaya tetapi berjaya membangunkan sunnah dan agama di dalam keluarga. Saya sendiri mendapatkan banyak info tentang bayi dan penyusuan dari buku-buku yang dijual di kedai buku. Bukulah teman akrab saya. Setelah itu baru saya berjinak-jinak dengan forum penyusuan.

3. Berkawanlah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya. Kurangkan pergaulan dengan ibu-ibu yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding anaknya. Golongan ini tidak membantu kita memotivasi untuk terus menyusukan anak sebaliknya mereka akan lebih pro kepada susu formula.

4. Pengambilan supplement digalakkan bagi ibu yang menyusukan anaknya. Ada yang bertanya....mengapa perlu ambil sedangkan saya tidak pernah skip even one meal? Supplement sangat-sangat penting agar badan kita tidak mudah letih. Jika kerjaya seseorang itu memerlukan lebih perhatian dan adakala boleh mengakibatkan keletihan mahupun stress , ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.Terlalu memikirkan tentang kuantiti susu ibu juga boleh menjejaskan pengeluaran. Ini kerana ia mengakibatkan perubahan hormon dalam badan dan secara langsung memberi impak yang besar ke atas production susu.

5. Kurangkan mengambil makanan yang boleh menyejukkan urat...antaranya pengambilan makanan dan minuman yang sejuk. Masih saya ingat bidan saya menegur saya memakan coselaw...katanya boleh makan kerana jamah tetapi tidak boleh banyak kerana ia sejuk dan mengakibatkan susu terjejas. Begitu juga dengan pengambilan minuman sejuk yang berais mahupun meminum air yang berkarbonat. Ia boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu mungkin bukan hari ini tetapi esok lusa lambat laun susu ibu akan berkurang.

6. Berurut sekali sekala. Selain memanjakan diri berurut juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Apabila ini berlaku dengan mudah susu akan mengalir tanpa ada sebarang masalah. Di samping itu mandilah dengan air suam tetapi bukan dengan air sejuk kerana dikhuatiri urat akan sejuk dan seterusnya susu akan kurang pengeluarannya.

7. Pump session bagi ibu yang bekerja dan stok ebm.... sangat penting.Pump session penting agar badan mudah untuk stimulate milk sepanjang ibu bekerja.Stok ebm.... Ianya akan lebih bermanfaat apabila si ibu perlu outstation ataupun berada dalam keadaan tidak sihat bayi akan tetap mendapat susu yang terbaik.

8. Bertawakal dalam segala urusan yang berkait dengan anak. Bermula dengan doa iaitu keperluan kerohanian diikuti dengan keperluan jasmani....kini kita bertawakal. InsyaAllah jika ini terus dipraktikkan, penyusuan susu ibu pasti akan berjaya mencecah 2 tahun! Allah akan bukakan jalan bagi mereka yang ada kemahuan.


Sekiranya ada mana-mana tips yang saya mungkin terlupa untuk dikongsi... bolehlah tambah. Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya!

Susu Ibu

Saya tertarik untuk menulis mengenai susu ibu memandangkan saya juga seorang ibu yang menyusukan bayi saya. Saya tahu kini setiap wanita yang bakal mahupun telah bergelar ibu pastinya sedar betapa pentingnya susu ibu kepada bayi.
Bagi wanita yang bekerjaya, sudah pastinya golongan ini berlumba-lumba untuk menyediakan stok susu yang mencukupi bagi bayi bagi menampung keperluan bayi semasa ibu bekerja. Namun kita perlu sedar bahawa bukan sekadar KUANTITI yang kita perlukan tetapi adalah penting untuk kita pastikan bahawa susu kita BERKUALITI!
Persoalannya, bagaimana nak pastikan susu kita BERKUALITI? Tiada siapa yang boleh memberi jawapan yang ideal namun kita boleh mengetahuinya melalui hasil yang kita perolehi… seorang bayi yang sihat dan membesar seperti JUARA!!
Adalah penting bagi seorang ibu itu mengamalkan diet dan pemakanan yang seimbang dan sihat. Bagi saya, saya mengamalkan pemakanan asas iaitu meminum 2 cawan protein setiap hari, dua biji vitamin C ( pelepasan mengikut masa atau sustained release), 2 biji b kompleks dan beberapa biji kalsium. Pada dasarnya kita boleh memperolehi zat ini dari apa yang kita masak tetapi cara penyediaan masakan itu pada hakikatnya telah menjejaskan zat yang sepatutnya kita perolehi.
Bagi saya biar kita berbelanja untuk kebaikan dan manfaat anak-anak kerana anak- anaklah pelaburan kita bagi jangka panjang. Apa yang kita beri hari ini ialah apa yang akan kita perolehi pada masa akan datang.

1 comments:

Unknown said...

bagaimana caranye kalau dlm bulan puasa ni, macammana cara pemakanan utk bykkan air susu??

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino