Simpan Duit Vs Simpan Emas

Sunday, August 27, 2023


"Saya ni tak minat emas!"

Kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas. Perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi yang menyerang matawang setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun. 

Contoh mudah, duit RM 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji. 

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.
Menabung sikit2, akhir sekali sedar tak sedar. Dah ada 100g tiba²!

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino