ayam masak merah resepi

Monday, June 4, 2012

Bahan-bahanya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato
1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand)
garam
gula
Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba.

donut resepi

nak try resepi donut ni
sumber : http://resepiomakden.blogspot.com/
* untuk adunan doh
4 cawan tepung gandum,
1 pek yis (jenama MAURIPAN, korang pakai jenama lain gerenti tak tembam)
2 sudu susu krimer pekat manis
1 senduk marjerin ( campur 2 sudu butter, petua untuk doughnut lebih gebu dan lembut)
1 biji telur
4 sudu besar gula pasir
2 cawan air suam (untuk larutkan gula & yis)

*cara adun
1. sebelum membuat doh, larutkan gula dan yis dalam air suam (biarkan yis naik, sementara yis naik bolehla adun bahan2 dalam langkah 2)
2. masukkan semua dalam 1 bekas(tepung gandum, telur, majerin & susu)
gaul hingga sebati
3. masukkan bancuhan yis sedikit demi sedikit hingga menjadi doh
4. uli doh hingga lembut
5. taburkan tepung gandum di atas dulang (utk elakkan donut dari melekat)
6. bentukkan donut ikut saiz yang anda mahu
7. apabila donut yang anda bentuk tadi dah naik, bolehla digoreng (guna api yang sederhana)
8. goreng hingga warnanya keemasan
9. biarkan hingga sejuk dulu donut yang dah digoreng, kemudian bolehla disalut dengan gula
icing ( nak save blender je gula pasir)

OK, SELAMAT MENCUBA...dan pastikan donut anda GEBU, SEDAP dan TEMBAM!!

muffin coklat

Friday, January 6, 2012

bestnyer tgk muffin teringin nak buat ...respinya boleh dpptkan kat sini







apam coklat kukus

Thursday, January 5, 2012

Salam semua dah lama xupdate blog ni...huhuhuh...sekarang ni tengah addict dgn hobby baru iaitu baking membaking...dah mcm2 jugak yg aku buat cuma xsempat nak snap gambar jer......hari ni baru bermood untuk memblog......actually tgh planning untuk buat business baru,....iaitu sub untuk business yg ada skrg...sbb rasanyer hobby mama ni mcm boleh buat duit jer...tp masih dalam proses dan rahsia....ptg ni rasa mcm xde keje...since sikembar dan abg afiq kat kg tinggalkan mama...jadi mama ingat nak memprojek membaking jugak ptg ni...utk mr hubby yg cerewet makan...huhuhuhu...walaupun dia sll komen masakan mama xsedap...tp sbb hobi mama membaking dan memasak sedap xsedap dia kena telan jugak...kalau tak saper yg nak makan...mama bukan makan pun kuih2 ni.....suka2 buat jer...kalau mama yg suka makan org lain xleh makan nanti...lepas jer masak terus ngap masuk mulut......plan mama ptg ni nak masak apam coklat mcm bawah ni....jadi ke tak agaknyer...hope jadilah mcm kuih ni.......kalau beli hubby suka tp kalau masak xtaulah mr hubby ni....dia ni raja the cerewet pasal makan....

jeng...jeng...jeng...ini kuih yg mama nak buat...tp xtaulah jadi ke tak....tgk ptg ni...tp ini contoh kuih apam coklat kukus yg nak dibuat ...xtaulah ptg ni jadi ke tak....nanti mama uploadkan lagi...hehehehe



Resepi apam coklat kukus

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan susu pekat
1 cawa minya1 cawan air
2 biji telur
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 sudu besar serbuk koko

cara buat
pukul telur dgn gula hingga kembang
masukkan minyak susu pekat dan air
masukkan tepung gandum soda dan sebuk koko yang telah diayak
kacau sebati masukkan dalam acuan apam dan kukus 10-15 minit

kembar baru balik dari bahau

Wednesday, November 23, 2011

Salam semua...last weekend mama balik kg tgk kembar....dah nak masuk 4 bulan kembar dekat kampung....xtaulah sampai bila kembar akan ada kat kg.....hanya Allah je yg tau betapa sedih seorang ibu bila berjauhan dgn anak2nya...walaupun kadang anak depan mata kita akan ada marah dia rassa geram dgn diaorg...tp marah tu sbb syg.....kalau kita xsyg mak tu buat xtau dgn anak dia nak jadi org kena nak jadi hantu ke mesti mesti seorang ibu akan buat xtau......sebak rasanyer sbnrnyer bila sebut pasal kembar...maafkan mama anak2ku..bukan mama tinggalkan u all dekat kg tu sebab mama xsygkan u all tp keadaan memaksa....kembar kena teman wan dekat kg. itu pengorbanan mama utk wan...atok baru meninggalkan..jadi kembar boleh hiburkan wan...tp mama sayangkan u all semua...xkira afiq ke kembar ker ryan ker.......inilah hasil gambar dr kembar dan telah di edit dan digodek2 menggunakn photoscape.....




apam dot dot

Tuesday, November 22, 2011

salam semua...dah lama xupdate gambar...dan cerita kat sini...sekarang ni tgh addict masak memasak dan bakinglah konon. + niat baru nak belajar adobe photoshop...dah lama tinggalkan adobe photshop ni....nak yg nak mulakan semula...tp dah edit nak buatkan...jadi updtlah kat blog..nanti boleh tgk progress skill gunakan adobe....syokkan kalau dah pandai...boleh buat duit sbnrnyer kalau kit ada skill ni....tp mama ni skill jaga hero pandailah...hahahhaha....jeng...jeng...ini dia gambar hasil dr hobby memasak iaitu buat apam dot dot dan mengedit adob photoshop...syokka....kalau dah expert....oklah nanti kita sambung lagi...mama ni xpandai nak mengomel sorang......k..bye....













ALat bantu mengajar kanak2 3tahun

Thursday, November 17, 2011

Salam semua dah lama rasanyer xupdate blog.....sejak ada bunyi2 hari tu...huhuhuhu....skrg ni dlm otak mama fikir nak belikan budak2 ni alat bantu mengajar...ada jugaklah 2 3 koleksi cd kat rumah tp mcm xbest jer...mama dia tgkpun xbest....ni tgh survey2 bahan bantu mengajar untuk budak umur 3 tahun. takut jugakkan.....anak makin besar.pendidikan anak mestilah nak kasi sama dgn level umur dia... ni ada survey satu buku...tp xtaulah sesuai ke idak untuk budak2 ni

tp tengah survey2 jugak yg lain......xder ibu yg xnak anak dia pandai walaupun ibunyer berkerja




fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino