sEt bErSalIn

Wednesday, December 1, 2010






Hujung minggu ni kami sekeluarga banyak berjalan2 cuci mata......tp xsempat nak snap gambar aper2 yg menarik.......tgh bosan2 kat rumah xder keje surfinglah pasal set bersalin....dgn observe set bersalin aper yg menarik untuk digunakan......cari nyer cepat...belinyer ntah biler.....ini pun baru 6 bulan 1/2....tp sekadar untuk mencari info...banyak jugak set bersalin yang menarik rupanyer ader kat market...sbb masa afieq guna mustika ratu...tp xbest sbb dia berbau sgt macam jamu...si kembar pulak terus xkisah langsung pasal set bersalin..hanya guna shaklee jer....tp kali ni rasanyer nak guna betul2nyer set bersalin...tp tengah pening untuk buat keputusan...banyak sgt produk kat luar tu..antara yg dalam list kepala sekarang ni

1. Leesa formula - nampak mcm best....mcm complete tp xyah ader byk ubat..semua jenis cream2 dan kapsul ..mcm xmenyusahkan....bengkung pulak nampak simple dan tunku dia sgt comel...tp bila survey org kata tungku tu kurang berkesan+ keras+cepat sejuk...ermmm....pening betul nak buat keputusan

ni contoh gambar dia


barang2 dia ialah:

PREMIUM PRODUK:
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour
6- Gel
7- Mas Cotek Uncang
8- 2 Pek Tungku herba

packaging menarik...dalam dia ader ikan haruan, tablet prawan..minyak halia dan contour cream...org kater guna leesa boleh kuruskan badan tp untuk sembelit dia kurang berkesan..tp depend pada org....huuhuhu...ader jugak keburukan dia

2. Pilihan kedua ialah nona roguy

yg ni aku baca baca komen kata ok....cepat kuruskan badan dan bagus untuk sembelit...tp bila tgk set dia mcm byk jer yg aku xkan pakai mcm akar kayu tu , serbuk2 barut tu....uncang itu ini...kalau ambil pun maybe xambil fullset..aku leh dpt dalam rm290 full set....tp xder haruan macam leesa formula dan org cakap prawan tu lagi elok (leesa). lagipun dia xder bengkung dan agak mahal tp xcomplete set* PhytoNatal - 90 biji

3. Set bersalin ibu halimah (mak dara)

set ni nampak bagus complete set..tp agak mahal dan rasanyer terlampau ke jamuan...takut baby panas dan banyak yg serbuk...confirm xpakai

Set Bersalin Ini Merangkumi :-
Jamu Mak Dara (Serbuk - 1 kotak 250 gram)
Jamu Mak Dara (Kapsul - 2 botol 60 biji)
Losyen Param (1 botol 120ml)Pilis (1 bekas 200 gram)
Bedak Sejuk (1 bekas 200 gram)
Rempah Mandi (1 bungkus 100 gram)
Bengkung (1 helai)
Tungku Kukus Beherba (1 unit)

4. Set bersalin Amway- nampak macam bagus...tp xtaulah naper xteringin sgt..maybe sbb yang ni product luar kot ni gambar mcm kat bawah ni
Mengandungi 8 Produk untuk luaran:-
  1. Herbal Douch - yang bertindak membersihkan bahagian peranakkan (20 sachet).
  2. Herbal Bath - sebagai mandian untuk membersih dan mengharumkan badan (20 sachet).
  3. Firming Herbal Blend - mengemaskan bahagian perut (20 peket).
  4. Herbal massage oil - untuk tujuan urutan badan semasa pantang (1 botol).
  5. Warming Herbal Blend - memanaskan badan dan membuang lebihan air dalam badan (15 peket).
  6. Calming Herbal Blend - melegakan sakit kepala (15 peket).
  7. Baby oil - mengelakkan perut bayi - dari masuk angin(1 botol).
  8. Bengkung untuk ibu.
2 Produk untuk dalaman (makan)
  1. Herbal Tea - 10 Sachet - melancarkan edaran darah - dan mempercepatkan penyembuhan luka-luka.
  2. Kapsul after birth 1 & 2 - bertindak memulihkan tenaga dan kesihatan ibu disamping memperbanyak air susu (60 biji setiap botol).

ini jerlah coretan atau aper yg ader dalam kepala....tp xtau lag nak ambil yg mana.....huhuhuhu....tp xper banyak masa lagi boleh berfikir...heheheh


0 comments:

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino