afieq dengan kembar

Tuesday, September 1, 2009


Hai kawan2 hari ni genap sebulan aku berpantang selama 30 hari....harap2 dapatlah habiskan pantang dengan baik sekali...tp luka diperut ni masih lagi terasalah...susahnya kalau operation nikan...xperlah nak buat camner.....hari ni nak tampalkan gambar afieq dengan kembarnyer saje

waktu tido jer boleh letakkan kembar dekat afieq...kalau dia sedar xdapatnya...syg sgt dia dgn adiknya....kejap kejap nak cium.....tp bila cium tu kadang2 terhantuk kepala dgn adiknya...tu yg kena jaga2 tu......itu saja coretan untuk hari ni

afieq tgh berblog ni mama

Monday, August 24, 2009



Hari ni hari pantang yg ke 25......agak sihat sikitlah...bosan2 ni 3 3 hero tgh tiddo sempatlah nak updt blog ni.....lambat betul kalau c-ser ni nak elokkan....xsabar nak cepat sembuh supaya mudah bergerak.....ni gambar afieq tgh chatting..heheh (kononnyer)...orang sibuk berblog dia pun sibuk .....mcm real jer pegang mouse ngan keyboard tu.....kalau papa tgk blog mama tgklah yer tumbesaran hero sulong awak niyer....dalam pantang ni mcm2 dia belajar....seronok.....heheheh ...alhamddulillah dah nak pandai bercakap....aper yg kita cakap dia ikut...bunyinyer pun dah agak clear...hehhheheh......seronok tgk tumbesaran anak2 ni

Afieq kat kampung masa pantang

Thursday, August 20, 2009










Ni gambar afieq yg latest...kat kampung katakan.....lasak yg amat.....gambar yg hujung tu ddia baru bangun tido...leka duk main pusat jer....aksi dia yg manja tu buat aku rindu nak berguling2 dengan dia......jeep dia tu sampai nak rosak...mcm2 bunyi dah....keter mama diapun xseteruk jeep dia tu...manja sungguh kat kampung........seronok bila ader anak ni...sakit pun boleh hilang tengok telatah mereka........

Selamat Datang Kembarku ke dunia baru

30/07/2009 aku ader appointment dengan doktor dihospital serdang. seperti biasa pergilah check up bersama hubby tersayang. berdebar2 nak tunggu jumpa doktor. sebab minggu ni dah masuk minggu yang 36. doc kater kalau twin sllnyer dalam minggu 36 atau 37. dalam hati mmg harap nak kuarkan cepat sbb dah xlarat sangat nak bawak perut yang semakin membuyung ni. tapi perasaan berdebar dan takut untuk bersalin masih ader walaupun pernah bersalin sebelum ni..almaklumlah kali ni 2 orangkan. sebenarnyer dah tahu twin sejak dari kandungan berusia 2 bulan. tp sajer je xnak kecoh2....gembira mmg gembira...sangat gembira. tp sbnrnyer perasaan takut tetap menyelebungi perasaan ni...yerlah byk dgr citer ttg twin nikan...lagipun ddoc kater pun risiko nyer besar. pukul 11.30pagi sampailah giliran aku untuk berjumpa doctor.....ddoctor pun scan mcm biasa. doc kater boleh normal sbb 2 2 kepala baby dekat bawah. tp dm hati takut sgt...boleh ker bersalin normal.....tp doc dengan kedudukan skrg boleh normal. tiba2 doc kater nak tgk pintu rahim.....sgt terperanjat biler pintu rahim dah bukak 2 cm....ddoc pun bagi surat untuk admit...tp dia benarkan balik dulu ambil barang dan buatlah aper yg sepatutnyer

aku pun balik....hubby ajak makan satay kajang sbb sblm tu aku ader cakap nak makan satay....ingta jugak hubby dengan aper keninginan aku....sempatlah gi makan satay kajang ngan air kelapa.....balik rumah aku rehat2 dulu...lps maghrib tu baru terasa sakit dan kuar tanda. sebelum ni xderr kuar tanda.....mulalah contraction pun bermula....bila hubby sampai rumah packing2 barang nak gi hantar zaifiq dulu...tp sbb lapar aku ajak hubby gi pasar malam dulu...sesmpatlah makan nasik lemak dulu....hehehehe...akhirnya sampai kat hospital kul 10 malam........masa tu contraction mmg kuat....tp bile doc chck dah bukak 4 cm...tp kepala baby xmasuk pintu lagi...jd doc xberani nak pecahkan air ketumban..aku dah mengeluh....perut semakin sakit ni aku dah xtahan....doc punkasi ubat tahan sakit...dapatlah aku tido dalam kesakitan tu...biler sedar dalam kul 6.20 pagi...aku dah semakin sakit...doc pun chck lagi sekali dah bukak 6 cm...tp kepala baby masih jauh lagi....tp doc kater dah ready masuk labour room...kul 6.45 aku pun sampailah kat labour room......kul 7.15 keluarlah si abang. dengan berat 1.97kg...inilah hasilnyer








ntah mcm mana air ketumban untuk second baby pulak pecah....baby yang kedua dah menggapai tangannyer untuk dikeluarkan.....doc pun aper lagi...dia advice untuk emergenccy c-ser.....nak nangis rasanyer...bawah sakit...ni nak kena c-ser lagi....tp sedih sgt masa tu sbb terfikirkan afiq.....kalau c-ser mesti aku susah nak gerak...susah nak tido dgn afiq nak pegang afiq dan nak ukung dia...tp aperkan daya terima sahajalah hakikat...asalkan semuanyer selamat. aku di bagi ubat bius tido terus...xderdah separuh2 badan.....nurse tu kater dia masuk terus tiub dalam mulut...xcucuk belakang...aku pun tido sampai kul 8.15pagi...aku dikejutkan oleh nurse tu...dia bagi tau anak aku 2 2 kena masuk nicu...abangnyer sbb ader muntah masa baru kuar tu...manakala adiknyer nafasnyer laju dan lambat nangis..bawah nilah hasil c-ser tu dengan beratnyer 2.27









siankan berwayar.....7 hari duk kat hospital sbb masuk antibiotik...si adik....termasuklah aku kat hospital..tp aku bukann ekat ward lah...ddekat nicu ader bilik untuk ibu...sakit badan 7 hari xder treatment, survival sendiri semata2 untuk bersama kembar2 dan nak bg breast feed dekat baby.....alhamdulillah hubby sentiasa bersama menjaga aku ngan anak2.....xpernah lupa untuk hantar makanan tengahhari dan malam.....dan turut sama menjaga hero2 nyer di hospital....pengorbanan mu sentiasa ku kenang...lepas hari ke 7 akupun balik...bawah ni lah gambar hero2 ku beradu dikampung dengan tenang tanpa sebarang jarum atau tiub2 yang menyakitkan...sekarang ni berat pun dah meningkat..si abg 2.2 si adik 2.5 alhamdulillah









Luper pulak...anak ku yg sulong telah di poskan kekampung sejak aku kat hospital lagi...lagipun dia xboleh naik kat ward sbb h1n1 kan....sampailah hari ni dia berada dikampung...makngahnyer yg suka rela nak jaga.....siap bawak balik rumah dia lagi...yerlah..makngah dia ni semua anak perempuan......tu yg excited dapat jaga hero malaya ku.......tp sbg seorg ibu walaupun tgh sakit ni rindu sgt nak jaga semua..rasa xnak lepaskan afieq tu kat makngahnyer....tp apakan daya..untuk kesihatan cepat sembuh biarlah makngahnyer jaga..lagipun makngahnyer betul2 bagi kasih sayang mcm anak sendiri...tp bila dah sihat nanti aku nak jaga semua hero2 aku...kasih sayang akan aku kasi sama rata untuk semua

1st twin: muhammad zairyl erfan bin Mohd Zaihan
2nd twin: muhammad Zairey erfan bin Mohd Zaihan

Apa itu Apa tu Kontraksi Braxton Hicks (BH) ?/ kontraksi bersalin tipu

Monday, July 27, 2009

Kontraksi Braxton Hicks (BH)
  • Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
  • Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
  • Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
  • Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana rasanya kontraksi braxton hicks ini?
  • Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang berasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
  • Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
  • Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari. ( yang ni aku selalu rasa... nak2 time dah dekat due ni... hehehhehe )
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa yang membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara BH dan tanda sebenar kelahiran. Antara perbezaannya ialah:
  • Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
  • BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  • Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yang menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.
Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH
  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH.
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

Sedihnya kad wad ni

Sunday, July 26, 2009

Cantik tak Uniform ku

hehehe...cantik tak uniform ku....ni masa kat hosiptal serdang..dekat O & G..masa kena warded kat hospital serdang....bosannyer duduk hospital....dari sakit sikit jadi banyak...huhuhuh......masa ni tengah tunggu nak scan dengan pakar untuk tengok aliran darah baby ku.....baru 7 bulan masa ni.......hubby pulak sorang posing dulu...kater buat kenangan duduk kat wad. hehehe......keluar jer hospital terus gi alamanda jalan2...hehehe...sihat pulak tu jalan2...tp tetap berwaspada.....sesiapa yg rasa nak duduk hospital serdang ni lah uniform yg akan digunakan yer

saya nak gi masjid ni

Mama afieq nak gi masjid yer


ni gambar afieq masa aku tengah sembahyang. sibuk2 akunak bersiap solat dia pun nak bersiap dengan kupiah papanyer......alhamdulillah sejuk perut iu mnegandung tgk anak nak gi sembahyang..hahahaa...ini gambar terlatest afieq....lately ni xder masa sgt nak 'berblog' almaklumlah nak uruskan diri sendiri pun dah tak larat. ni masa afieq setahun empat bulan....harap2 sampai ketualah nakpakai kupiah gi solat....amin

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino