cloth diapers/ lampin kain

Monday, June 8, 2009



huhuhu....dengan semangatnyer malam td pegi jugaklah beli cd kat lunatots. rumah kak su jer...lembut jer orgnyer...diapun rupenyer preggy...hehhehe....berazam nak pakai cd ni untuk anak manja ku....mula2 rasa macam takut nak cuber. tp fikir2 balik xcuber xtau. lagipun boleh jimat + elok untuk kesihatan....geramnyer...........byk nyer warna2 yg menarik. sebelum ni my cousin ader advice. tp masa tu mcm xberminat.mula2 hubby mcm xberminat jer nak gi tgk. sedih jer......mcm xder moral support. pastu ajak jugak tgk sekali. xsangka pulak dia mcm berminat dan beriya2 tanyer itu dan ini. berbunga2 dalam hati sbb dpt support dr hubby. maybe dia baru nampak kebaikan cd ni untuk anak kesayangannyer. .siap bg suggestion beli sekali untuk yg coming soon ni.......hehehhe.....dia nak beli satu warna jer sbb senang nak beza2 afieq dgn coming adiknyer....tp aku geram...aku nak beli byk warna.....kalau try yg ni ok, aku ingat nak buat collection. tp nak try jugaklah brand lain. mana tau kalau ok....boleh compare2kan. kat bawah ni aku letakkan antara benefit cd ni. aku copy dr kak shidanyer ...hehehe


10 sebab yang paling utama ialah
:

1. Pakai kain Cotton. Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.

2. Tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.

3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

4. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi..

5. Kain lampin sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.

6. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!

7. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

8. Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan. Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!!

dan yg terakhir sekali…

10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).


2 comments:

genny da bomb said...

nanti kalo aku ada anak lagi aku nk cuba jugak..kena rajin sket la yang ni ek...hohoho

Anonymous said...

cantek..

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino