Apa itu Apa tu Kontraksi Braxton Hicks (BH) ?/ kontraksi bersalin tipu

Monday, July 27, 2009

Kontraksi Braxton Hicks (BH)
  • Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
  • Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
  • Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
  • Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.
Bagaimana rasanya kontraksi braxton hicks ini?
  • Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang berasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
  • Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
  • Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari. ( yang ni aku selalu rasa... nak2 time dah dekat due ni... hehehhehe )
Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi
Apa yang membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran sebenar?
Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara BH dan tanda sebenar kelahiran. Antara perbezaannya ialah:
  • Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
  • BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  • Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yang menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.
Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH
  • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.
  • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
  • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH.
  • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

1 comments:

fatimah said...

Perkongsian yg sangat menarik. Seronok membaca blog admin. :)

Tips ibu hamil

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino