Pil Perancang

Thursday, June 25, 2009

Pil Perancang- untuk bacaan 18 tahun ke atas

Terdapat 2 jenis pil perancang yang saya tahu iaitu

1.Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.

Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

2.Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya.

Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

* Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
* Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
* Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.

Namun adakah kita sedari apabila memakan pil perancang secara automatiknya ia mengubah kitaran yang sepatutnya berlaku dalam tubuh kita. Secara peribadi pada saya,sebab itu disarankan bagi wanita yang mengambil pil perancang perlu ambil B complex sebagai supplement harian untuk membantu menstabilkan semula hormon.

Yang peliknya bagi orang yang kurang membaca mereka pasti akan mengeluarkan kata-kata sumbang:
1. B complex buat saya berselera la
2. B complex buat badan saya gemuk la
3. B complex buat saya cepat lapar

Apa yang orang tak faham?
Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan ) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B complex dalam badan sebab itu gula itu tidak dapat ditukarkan kepada tenaga. Rasa lapar atau berselera adalah satu tanda tubuh kita memerlukan gula untuk ditukarka kepada tenaga. Saya sendiri tidak gemuk walau kuat makan, salah satunya faktor menyusukan anak namun ada juga teman saya berisi walau menyusukan anak kerana kebanyakkan makanannya tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Dalam post sebelum ini...

1. TANDA-TANDA KEKURANGAN B-COMPLEX

• Mental & Emotion – Depression, Anxeity, Moodiness, Difficulty concentration.
• Keletihan / tidak bermaya.
• Tidak dapat duduk diam (resah-gelisah).
• Panik (Mengelabah / buntu).
• Sedih tanpa punca (termenung).
• Kekurangan selara makan.
• Sembelit.
• Water retention
• Sensitivity to light
• Dandruff
• Pre-menstrual tension

2. SEVERE DEFICIENCY
- Boleh lihat ‘crack mouth corners, mata
- Sore lips
- Sore tounge
- Digestion – showing of excessive gas

3. SEBAB-SEBAB KEMUSNAHAN B COMPLEX

• jenis larut air - perlu sentiasa di ganti
• Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – process memasak.
• Memakan banyak gula boleh menghabiskan B complex. Eg satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
• Alkohol boleh memusnahkan simpanan B Complex.
• Stress - tekanan mental dan fizikal musnahkan B Complex.
• Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan vitamin B Complex.
• Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.

3. FUNGSI B-COMPLEX

• Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
• Membantu memetabolismekan
- karbohidrat
- Lemak
- Protein
• Anti stress
• Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
• Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah
• “B” for beauty – True beauty radiates from within.
• Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
• Membantu meninggikan sistem pertahanan badan

4. UNTUK SIAPA

• Orang demam
• Stress
• Kaki Arak
• Mereka yang terlibat dengan aktiviti yang meletihkan
• Pengguna pil perancang
• Jerawat (acne)
• Alahan dari perasa MSG
• Gementar (nervous)
• Membantu dalam masalah berkaitan PMS, Mengandung dan masalah Menopause – terutama B6 , Awas B6 tidak boleh diambil secara tersendiri ia mesti di gabungi dengan ke lapan-lapan keluarga B



Vitamin B yang baik ialah :

• The only yang lengkap (Complete B) - Mengandungi 8 keluarga B.- Jika salah satu daripadanya kurang Vitamin B berkenaan tidak berkesan. Keluarga B yang di maksudkan adalah: B1(Thiamin), B2(Riboflavin), B3 (Niacin), B5(Pantothenic acid), B6 (Pyridoxine), B12 (Cyanocobalamin), Biotin, dan Asid Folic. Bacalah label pada bottle dengan terliti agar tidak menanggung kerugian.
• Biotin dan Folic Asid di beri dalam kadar 100% .

tips menghilangkan stretchmark dan selulit

Wednesday, June 10, 2009

1. CARA menghilangkan stretch mark

Rekahan kulit atau dikenali juga sebagai stretch mark merupakan parut kecil yang terjadi dipermukaan kulit akibat dari kesan regangan kulit. Kesan rekahan ini selalunya mencacatkan penampilan dan juga kelicinan kulit kerana ia kadangkala boleh kelihatan dengan jelas. Faktor yang menyebabkan stretchmark antaranya ialah kehamilan dan juga akibat daripada kegemukan dan kenaikan berat badan yang menyebabkan kulit meregang.

Kesan rekahan kulit biasanya terjadi dibahagian perut (kebanyakkannya disebabkan oleh kehamilan), di buah dada, punggung, pinggul, paha dan ada juga yang mengalaminya dibahagian lengan. Walaupun ada yang berjaya menghilangkan kesan regangan kulit, dan ada juga yang berjaya mengurangkan kesan rekahan itu dari terlalu menonjol di permukaan kulit, cara terbaik dan termurah adalah melalui pencegahan dari awal. Juga, menghilangkan tanda regangan atau strectmark ini tidak semudah mencegahnya dari berlaku.

Caranya ialah :

1. Sekiranya bercadang untuk mengandung, mulakan dari sekarang dengan cara menyapu losyen dibahagian perut, punggung dan paha. Tujuannya dalah untuk memberi kesan keanjalan dan kelembapan kepada kulit. Ini juga membantu mencegah kulit dari menjadi kering dan merekah akibat dari regangan yang dialami sewaktu didalam tempoh kehamilan nanti.

2. Seelok-eloknya gunakan losyen yang mengandungi minyak kelapa atau aloe vera. Juga losyen yang dibuat dari bahan semulajadi dan tidak mengeringkan kulit.

3. Waktu terbaik untuk menyapu losyen ialah setiap kali selepas mandi agar kulit kelihatan lebih sihat, tegang dan juga untuk awet muda… Ye lah, kalau kulit kita sentiasa lembap dan anjal, pasti lambat berkedut bukan?

4. Elakkan pengambilan minuman berkafen dan beralkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Sebaliknya, gantikan dengan air mineral bagi membantu melembabkan kulit anda.

5. Banyakkan mengambil buah-buahan, minuman yogurt dan susu segar

Bagi mereka yang telah bersalin dan mempunyai stretchmark, cuba lakukan begini :

1. Setiap kali sebelum menyapu gel pengempis perut atau campuran kapur dan air limau nipis, sapukan dulu losyen di perut. Losyen tersbut bukan sahaja membantu mempercepatkan tanda hitam diperut hilang, ia juga membantu melembabkan kulit.

2. Minum air suam atau air panas mengikut kuantiti yang disyorkan iaitu 2 liter sehari. Oh ya… saya tau. Ada diantara kita yang terpaksa bertekak dengan ibu atau ibu mertua yang sangat tegas tentang soal berpantang sehinggakan tidak boleh minum air masak dengan banyak sewaktu didalam pantang bersalin. Namun begitu, perlu saya ingatkan, kesannya agak tidak bagus kerana bukan sahaja boleh mengurangkan pengeluaran susu badan tapi juga menyebabkan kulit anda menjadi kering akibat kekurangan air selain dari masalah sembelit. Saya syorkan mencuba meminum air halia bara sewaktu didalam pantang. Ia bukan sahaja menghilangkan dahaga, tapi juga memanaskan badan dan membantu membanyakkan susu .

3. Mengambil supplemen untuk kulit seperti vitamin A, C dan E. Walau apa sekali pun, cara terbaik adalah melalui pencegahan. Nasihat saya pada bakal ibu, cuba luangkan sedikit masa anda untuk menyapu losyen diperut dan bahagian lain badan yang mudah mengalami regangan untuk mengelakkan stretchmark dari berlaku.
Jika terasa gatal diperut, paha, pinggul dan punggung terutama sewaktu didalam tempoh hamil, jangan sekali-kali menggarunya. Sebaliknya ambil losyen dan sapu ditempat yang terasa gatal. Ingatlah… mecegah lebih mudah dari menghilangkannya kerana untuk menghilangkan stretchmark, peratus kejayaannya amat kecil sekali.

2. Tips menghilangkan selulit

Bagi wanita, kecantikan merupakan satu anugerah yang perlu dijaga dan dihargai. Namun begitu, terkadang ada juga perkara berkaitan dengan kecantikan yang kita terlepas pandang disebabkan oleh kesibukan dengan tugas dan rutin harian.

Antaranya ialah selulit. Tidak keterlaluan jika dikatakan selulit merupakan musuh utama bagi sebahagian wanita yang mementingkan penampilan diri. Kehadirannya menjadikan kulit dibahagian pinggul, paha dan perut merekah dan menggeleber. Dari kajian yang dijalankan, dianggarkan 90% daripada wanita mempunyai masalah selulit yang biasanya terjadi dibahagian peha dan punggung. Selulit biasanya terjadi disebabkan oleh beberapa factor iaitu :

1. Pengambilan makanan dan diet yang tidak dijaga seperti pengambilan alcohol, makanan yang berminyak dan berlemak, kafein dan gula

2. Diet yang tidak seimbang itu akan diburukkan lagi jika kurang melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti berjogging dan bersenam. Ketidak seimbangan antara penyimpanan lemak dengan pengambilan semula makanan bukan sahaja menambah selulit tapi juga menjadikan selulit bertambah degil dan sukar untuk dibuang

3. Kerap mengalami tekanan dan stress ~ kerjaya dan gaya hidup masa kini terutama bagi yang menetap dibandar besar seperti Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan bergerak pantas turut menyumbang kehadiran selulit

4. Umur yang meningkat ~ semakin bertambah usia, lemak dan selulit makin mudah berkumpul disebabkan oleh kadar metabolisma yang semakin berkurangan seiring dengan pertambahan usia.

5. Faktor keturunan ~ sekiranya ibu anda mempunyai selulit, kemungkinan besar anda juga akan mengalami perkara yang sama

Tahukah , seseorang yang kurus juga mempunya selulit.? Malahan, seseorang yang berjaya mengurangkan lemak serta menguruskan badan belum tentu dapat menghapuskan selulit.

Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk anda menghilangkan selulit? Terdapat beberapa cara diluar sana untuk menghilangkan selulit samada melalui cara penggunaan krim dan juga pembedahan. Namun begitu cara yang paling selamat, menjimatkan kos dan berkesan bagi menghilangkan selulit ialah dengan kombinasi mengambil diet rendah lemak dan aktiviti senaman :

1. Kawal diet pemakanan

(i) Kurangkan pengambilan Garam. Gantikan dengan buah dan sayuran segar, kacang buncis, tempe, daging tidak berlemak dan ikan

(ii) Kurangkan pengambilan minuman berkafein. Usahakan untuk minum maksimum hanya satu cawan kopi atau the setiap hari. Kombinasi kafein yang banyak dan duduk lama dikerusi menyebabkan aliran darah tidak lancar. Amalan mengambil minuman berkafein ini kebanyakannya berlaku dikalangan mereka yang bekerja dipejabat dan yang selalu menghadiri mesyuarat dan seminar

(iii) Kurangkan pengambilan gula, biskut, coklat dan aiskrim. Gula yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak didalam badan menyebabkan terjadinya selulit

2. Lakukan senaman rutin dibahagian badan yang mengandungi selulit.

Sebagai contoh, jika selulit terdapat dibahagian kaki, anda bolehlah lakukan senaman dengan cara mengangkat kaki. Baringkan badan anda, dan angkat kaki dan turunkan kembali berselang seli. Tujuannya untuk mengejapkan otot kaki. Begitu juga jika anda mengalami selulit dibahagian lain, lakukan senaman untuk memejalkan bahagian tersebut.

3. Minum air masak / air mineral dengan kerap bersama kombinasi senaman seperti disebutkan di atas.
Dengan cara ini, selulit yg berkumpul boleh di pecahkan seterusnya dikeluarkan dari badan anda. Minum air dalam kuantiti yang dicadangkan (2 liter sehari) juga membantu membuang toksin dan kekotoran didalam badan.

4. Menyapu krim dan gel yang dikhaskan untuk membuang selulit.

Terdapat berbagai krim / gel dipasaran yang dikhaskan untuk selulit. Namun begitu, sebelum anda membeli krim / gel tersebut, pastikan anda telah memeriksa kandungan dan bahan yang digunakan, serta dapatkan pandangan / cadangan dari mereka yang pernah menggunakan krim / gel tersebut.

why cloth diapers

Tuesday, June 9, 2009

why cloth diapers

Let's do a simple calculation, you change your baby 6-8 times in a 24 hour period, and each disposable diaper cost you approximately RM 0.50.

RM0.50 x 8 = RM 4.00/Day
RM4.00 x 365 = RM1,460.00 / Year

Averagely a child will only be fully potty train by age of 3.

RM1460 x 3 = RM 4,380

If you have 3 kids , just your diaper usage will cost you RM13,140!

The cost of cloth diapers may seem expensive in the beginning. However, let's begin our simple calculation again :

You will need about 6-8 cloth diaper a day, and keep another 2-3 as spare.

RM 79.00 x 12 = RM 948.00

And that’s it! You can continue to use these diapers till she is fully potty trained. These diapers are also durable enough to pass on to the next sibling. This is a big saving especially now that we have not with the increase in petrol prices. We have seen an increase of almost 20% in the cost of most things lately.

Being a mom, we are not only passionate about raising our kids, but we can also passionate about being frugal and getting the best value for our hard earned money!

The DONTs

  1. Never use fabric softerner on your cloth diapers. Fabric softerner will create a wax layer on the diaper, hence making the diaper water resistant and may cause leaking.
  2. Never use chlorine bleach too. It is too harsh for the fabric as well as your baby's skin
  3. If you have to use diaper cream, make sure you put a diaper liner on the diaper. Diaper cream will make the diaper water resistant and cause leaking.

THE DOs

  1. Pre-wash your diaper 3-5 times before use. Cloth diaper will become more absorbent after each wash.
  2. Use detergent that is free from softerner, chlorine bleach, brightening agent and enzyme.

How To Wash Your Cloth Diaper

  1. Store your dirty diapers in a dry pail, soaking is not necessary.
  2. When you are ready to do your laundry, just put all the used diapers together with your regular laundrey into washing machine, and let the machine do the job for you. Extra rinse cycle is recomended to avoid detergent build up.
  3. We recomended diapers to be dried under direct sunlight or in the dryer for disinfection purposes.
  4. That's it! Wahsing your cloth diaper is just as easy as your regular laundry. Moms, there is no reason to use disposable diapers anymore :)

How To Clean Baby's Poo

Don't panic when your baby poo on the cloth diaper. Your diaper will be alright :)

  1. Rinse the diaper under runing water, poo will roll out from the fleece layer by itself, no scrubing needed.
  2. There might be some stain on it after rinsing, no worries, just put the diaper into your washing machine. When the washing cycle done, your diaper should look clean. Sometimes some stuborn stain may remain, just put the diaper under direct sun light; sun light is the best natural stain remover.

What type of Detergent Should I Use?

You should use the detergent that is free from Softerner, Brighterning Agent, Enzyme and Chlorine Bleach. Personally, I am using Pureen HAD. I can't said this the best detergent as I have not tried any others, but I have been using it since day I started on cloth diapers. After the washing, my diaper always come out smelling clean and fresh, and it doesn't give me detergent build up problem. For each washing I only use half cap of it, and a pack of 800gm has lasted me for more than a year!

Why My Diaper Leaking or Is Not As Aborbent As Before?

Do a simple test on your diaper, drip a few drops of water on it. If the water is rolling on the fabric and is not absorbed into the fabric directly, it means that there is detergent buildup. Soak your diaper in very hot water for at least 1 hour. Hot water helps dissolves the wax layer resulting from the detergent buildup. After that, just wash your diaper in your normal laundy cycle without any detergent. Repeat the process one more time for better results. Best to avoid the detergent that cause the detergent build up in the first place.

My Diaper Smell Bad!

IF your diaper has an ammonia smell, it means there is bacteria growth in the diaper due to the detergent buildup. Soak the diaper into hot water at least 1 hour, wash it without any detergent and dry it under direct sunlight or in a dryer. Repeat the process at least 3 times. Your diaper should smell fresh after this.

Baking Soda and Distilled White Vinegar

Once a while, you may add some baking soda into the washing cycle and some distilled white vinerar duirng rinsing cycle, this will give a very good cleaning result.

cloth diapers/ lampin kain

Monday, June 8, 2009



huhuhu....dengan semangatnyer malam td pegi jugaklah beli cd kat lunatots. rumah kak su jer...lembut jer orgnyer...diapun rupenyer preggy...hehhehe....berazam nak pakai cd ni untuk anak manja ku....mula2 rasa macam takut nak cuber. tp fikir2 balik xcuber xtau. lagipun boleh jimat + elok untuk kesihatan....geramnyer...........byk nyer warna2 yg menarik. sebelum ni my cousin ader advice. tp masa tu mcm xberminat.mula2 hubby mcm xberminat jer nak gi tgk. sedih jer......mcm xder moral support. pastu ajak jugak tgk sekali. xsangka pulak dia mcm berminat dan beriya2 tanyer itu dan ini. berbunga2 dalam hati sbb dpt support dr hubby. maybe dia baru nampak kebaikan cd ni untuk anak kesayangannyer. .siap bg suggestion beli sekali untuk yg coming soon ni.......hehehhe.....dia nak beli satu warna jer sbb senang nak beza2 afieq dgn coming adiknyer....tp aku geram...aku nak beli byk warna.....kalau try yg ni ok, aku ingat nak buat collection. tp nak try jugaklah brand lain. mana tau kalau ok....boleh compare2kan. kat bawah ni aku letakkan antara benefit cd ni. aku copy dr kak shidanyer ...hehehe


10 sebab yang paling utama ialah
:

1. Pakai kain Cotton. Cotton merupakan jenis kain yg paling semulajadi utk diletakkan pada kulit bayi. Tiada gel atau bahan kimia lain.

2. Tahu tak bgmn Disposable Diaper bekerja? Tahu tak apa yg ada di dlmnya? Tentulah kita tidak tahu, sbb takde bhn2 ramuan tertulis pada pembungkusnya. Baiklah, cuba ini ; potong diaper itu kd 2 bhgn. Tuangkan air pada 1 bhgn dan lihat apa yg berlaku. Terdapat kristal2 kecil yg akan bertindak balas dan berubah kpd bentuk gel setelah ia terkena pd air tadi.

3. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorg bayi akan menggunakan sehingga 7,000 disposable diapers atau pun 80 cotton diapers. Satu dispo hanya akan dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!) Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya dispo itu?? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

4. Kurangnya ruam dan gatal. sbbnya tiada nya lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit anak kita. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan kain lampin sbbnya bila dah basah, anak kita pun tak selesa lagi..

5. Kain lampin sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga RM3500 apabila menggunakan Cloth diapers. Mmgla masa bayi baru lahir, dispo sgt murah (cara mereka menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar.

6. Senang utk digunakan. Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, dah ada rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan!!

7. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri kerana mereka boleh merasakan kebasahan pada diaper apabila ia sampai ke tahap ‘maksima’.

8. Satu cawan penuh ‘crude oil’ telah digunakan utk menghasilkan satu dispo diaper. Crude oil tu mcm petroleum.

9. Anak2 belajar dari pemerhatian dan peniruan. Anda tunjukkan contoh yg baik tentang cara2 mengurus sampah dgn baik dan menjaga alam sekitar. Mereka pun akan ikut jg kerana telah didik begitu!!

dan yg terakhir sekali…

10. Laporan dari German dan England mengatakan bhw terdapat hubungkait di antara penggunaan dispo dgn kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).


kain kafan buruk

Monday, June 1, 2009

Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama Hj.Teepo. Apa saja
nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada. Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah
sebahagian besar hasil penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya
berpuluh juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil. Puas isterinya memberikan kaunseling
agar Hj.Teepo berhenti menipu, namun tak dihiraukannya.


Kerana makan terlalu banyak dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja
of course), exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa sebulan. Maka
teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini, tambah pula
mengenangkan segala aktivitinya selama ini.


Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. Kain yang dah buruk, koyak
pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah banyak merasa kemewahan di dunia
ini. Biarlah kain buruk yang ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan
genangan air mata. "Kenapa begitu bang?" tanya isterinya."Saja aku nak
merasa pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam,tapi hatinya
berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada juga kesedaran dan
keinsafan dihati suamiku."


Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah sugul, Hj.Teepo
berbaring di kamarnya. Kain putih yang dah lusuh dan terkoyak
sana sini
telah siap disediakan. Untuk terakhir kali, si isteri menghampiri Hj.Teepo.
"Bang", bisiknya perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan
kami, berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang dah buruk.
Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah abang telah insaf dan
bertaubat dengan perbuatan abang selama ini?"


Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah, mari rapat
kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri suaminya. Dengan nada yang sedih
Hj.Teepo bersuara, "Yang, you pun tahu, terlalu banyak dosa yang I lakukan
selama ini. Berapa ramai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja." Isterinya
masih ragu-ragu.


"Apakah abang fikir dosa-dosa abang boleh diampunkan dengan berkain kapan
yang buruk begitu?" tanyanya lagi.

"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang buruk, nanti
Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama mati. Mereka juga akan fikir
abang dah kena soal. Taklah nanti mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah
abang...."


"Astaghfirullah hal aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus terlentang kerana
terkejut berok dengan penjelasan suaminya.

P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le
iktibar

10 jenis mkanan antikolestrol

10 Jenis Makanan Antikolesterol


1. SOYA

Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses.
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat
galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya
kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan
kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)


2. KUACI

Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn
zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan
kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis
labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan
kolestrol.


3. BUAH KERING

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling
banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan
lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid
juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.


4. EPAL

Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk
membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan.
Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum
jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku
lemak dlm badan.

5. IKAN TUNA

termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan
makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan
kadar kolestrol LDL.


6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya
dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak
merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan
jantung.


7. MANGGA

Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing,
kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya
mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.


8. KISMIS

Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg
mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan
kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT

Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan
bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam
darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit
jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol
anda.


10 JAMBU BATU

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%.
Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi
memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan
ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi
mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang,
jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
__

fAmILy jOurNeY Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template for Bie Blogger Template Vector by DaPino